Saya baru saja habis membaca kisah Habib Al Ajmi yang ditulis dalam sebuah buku, 62 orang wali Allah. Kisahnya seperti berikut;
Suatu hari seorang tetamu sedang memakan sedikit makanan yang dihidangkan oleh Ajmi. Pada ketika itu datanglah seorang pengemis, Ajmi pun terus mengambil makanan itu dan memberi pengemis tersebut. Tetamu itu (Hasan Al Basri) terperanjat melihat kelakuan Ajmi itu, dan berkata, "Kamu patutlah tahu sedikit sebanyak tentang adat sopan." Ajmi diam sebentar. Hasan terkejut apabila tiba2 datang seorang perempuan membawa hidangan yang lazat. Kedua2nya pun makan. Kemudian Ajmi berkata, "Hasan, kamu adalah orang baik. Kamu hendaklah menambah kukuhkan imanmu kepada Allah (iaitu sesuatu yang diberi dengan nama Allah akan mendapat ganjaran berlipat-ganda)."
Suatu ketika Hasan pergi bertemu Habib Al Ajmi diwaktu asar. Hasan mendengar Ajmi membaca bacaan dalam sembahyang yang dengan tidak betul bacaannya. Hasan tidak mahu sembahyang bersama beliau, lalu sembahyang berasingan. Pada malam itu Hasan bermimpi bahawa Allah berkata kepadanya, "Hasan, jikalau kamu menjadi makmum dalam sembahyang dengan Ajmi itu, kamu akan dapat keridhaanKu, dan sembahyang yang itu adalah lebih berfaedah dari sembahyang yang kamu telah lakukan sepanjang hidupmu. Kamu salahkan sebutan bacaannya tetapi kamu tidak tahu kesucian dan keikhlasan hatinya. Ketahuilah Kami lebih mementingkan hati yang suci bukan hanya menyebut bacaan yang betul".
Habib Ajmi Berkata
1. Allah sendiri memelihara mereka yang mengabdikan diri kepadaNya.
2. Dengki dan cinta kepada dunia mestilah disingkirkan dari hati orang yang betul2 menuju Allah.
Hasan: Ajmi (murid Hasan), bagaimana kamu boleh sampai keperingkat keruhanian yang tinggi itu?
Ajmi: Dengan membersihkan hati melalui sembahyang, dan bukan dengan menghitamkan kertas melalui tulisan. Mendengar itu, Hasan berkata, "Sayang! pengajaranku menguntungkan orang lain, bukan diriku!".
Habib Al Ajmi menangis terisak-isak bila mendengar orang membaca Quran. Orang bertanya, "Jika kamu tidak tahu maksud bacaan Quran itu, kenapa kamu menangis?" Beliau menjawab, "Meskipun aku ini orang Iran tetapi hatiku Arab."
Posted by cymukmin
at 4:45 AM WST